Sunday, January 23, 2011

Bahagia apabila disayangi...


Setiap orang pasti ada naluri dan perasaan untuk disayangi...
Kasih sayang sebenarnya yang membentuk peribadi seseorang. Kita menyayangi orang dan pada masa yang sama orang itu juga menyayangi kita...dalam erti kata lain saling sayang-menyayangi. Apabila kita kurang kasih sayang, kita merasakan diri kita ini tidak diterima dalam masyarakat...terabai..terlalu merendah diri..
Bagi yaya..tipulah kalau seseorang itu mengatakan bahawa kasih sayang itu tidak penting...
Walau ego mana pun seseorang itu...tapi dalam hati mereka tentu ada perasaan untuk disayangi dan menyayangi...


Saturday, January 8, 2011

Seronok Family Besar....happening!!!..

My Family kenangan Hari Raya Aidiladha 2009...tapi still x cukup lagi 3 orang, abang & kakak ipar..sb diaorang x dpt balik x de cuti...lagi sorang adik ade kat umah nenek..
Yaya x malu jika orang nak mengata adik-beradik ramai...bahkan yaya sangat bangga dilahirkan dalam family yg sederhana tapi kami always together. Ade masalah kami kongsi bersama. Tidak pernah sesekali kami adik-beradik bergaduh. Yaya ada 12 orang adik beradik..yaya anak ke 5. Abang ipar seorang, kakak ipar seorang, anak buah 2 orang campur ma & abah..total 18 orang...hehe..ramaikan?..

Tapi yaya x kisah adik-beradik ramai..ade hikmah disebalik semua ini. Alhamdullillah sekarang kakak dan abang dah ada kerjaya masing-masing. Kami sama-sama tolong abah ringankan beban keluarga.

Apa yg Yaya fokus sekarang adalah nak kejar kerjaya...yaya nak kerja save money tolong adik-adik yg masih bersekolah dan ringankan beban abah yg kerja sebagai buruh kampung...

Banjir Kelantan semakin buruk, Rantau Panjang terputus hubungan

2011/01/08

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan petang ini semakin buruk apabila bandar Rantau Panjang kini terputus hubungan akibat ditenggelami air sedalam satu meter. 

Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, kini mencecah 2,084 individu di seluruh Kelantan berbanding 1,571 pagi tadi.
Kesemua premis perniagaan di bandar Rantau Panjang, iaitu pekan yang bersempadan dengan Bandar Golok, Selatan Thailand dengan hanya dipisahkan Sungai Golok, kini tidak beroperasi selepas digenangi air sejak lewat malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sehingga jam 3 petang tadi, seramai 2,084 mangsa membabitkan 606 keluarga di daerah Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat diarah pindah berikutan kawasan kediaman mereka ditenggelami air. 

“Jumlah pusat pemindahan yang dibuka kini berjumlah 23 berbanding 19 pusat pagi tadi,” katanya. 

Beliau berkata, enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu lima di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat. 

Laluan yang ditutup, katanya ialah di KM3 Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas), KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Pasir Mas), Jalan Pohon Tanjung-Meranti (Pasir Mas), KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas), KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu (Pasir Mas) dan KM9 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti (Tumpat). 
Jurucakap itu berkata, paras Sungai Golok masih bertahan di paras 10.28 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. - BERNAMA 

Friday, January 7, 2011

Comeinya kids...I Love Baby...

Ini pasangan kembar kepada seorang peserta Dikir Barat Titih Pusaka UiTM
Kenapa kanak-kanak comel eak?..
Kalau lah Yaya secomei baby cmne rupanyer yer...haha
Yaya mmg pantang nampak kanak-kanak, rasa cam nk cubit2 pipi, nk kiss jer...tambahan pula lau baby twin..Ya Allah..geramnyer nak dukung kiri kanan...sangat seronok bermain dgn kanak-kanak, boleh hilangkan stress, sgla masalah lupa buat seketika...kalau baby yg chubby agy seronok nk main, cubit lemak2 kat badan mereka..haha(*gelak jahat)..

Ini anak buah pertama Nor Kartika...sgt tembam..
Tahun 2011 ni umurnya genap 6 tahun...tapi cerdik macam budak darjah 6..mulut x pernah duk diam, ade jer pot pet..pot pet...hai penat Che Yah ni nak melayan...pantang npk kamera Che Yah nie terus posing..hai..tgk la tue..cam ape ntah...

Ini anak buah kedua Nor Kartini...sgt nakal...

Ini lagi sorang anak buah Che Yah baru nak masuk 2 tahun....Ya Ampun sgt hipoaktif..nasib baek la Che Yah ni bekas atlet Olahraga 100 meter boleh speed kejar anak2 kecik nih...yg ni pun sgt pantang npk kamera pandai je posing..diaorang ni tau2 jer Che Yah dia ade kamera...

Rindu sgt baby tembam dua orang nie..x lama lagi bulan 2 akan bertambah agy sorang anak buah Che Yah..anak abang..harap-harap comei cam Che Yah nie..hehhee...

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru, Azam Baru...2011

Salam....

Hai..dah lama x update blog ni..Sekarang sesi pembelajaran dah bermula. Orang cakap tahun baru mestilah kena ada azam baru...azam tu mmg selalu ada tapi banyak sangat azam tahun 2011 nih..Sempat ke tidak agaknya.
Apa-apa pun...akan ku usahakan juga sedaya upaya utk capai azam itu.

First day kuliah berjalan dengan lancar, kurang sikit kelam-kabut di semester empat ni berbanding dengan semester tiga yang lepas...Alhamdulillah..tapi masih banyak lagi yg belum tahu tugasan subjek2 lain. Pada hari pertama kuliah rasa seronok pulak dgn tugasan2 yg bakal dibuat nanti..

Apa yang pasti Aku akan berusaha sekeras-kerasnya untuk dapat apa yang dihajati tahun ini..
Ku harap semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH...