Monday, April 18, 2011

Jenis Cantik



Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
Dipetik daripada -Artikel iluvislam.com

Thursday, April 14, 2011

Berdiam diri lebih baik...


YA ALLAH...memang penat kalau nak bertekak dengan orang yang degil dan keras kepala. Apa yang kita tegur, kita ajar bukan nya nak dengar still jugak nak pertahankan dia yang betul. Malas nak layan tapi kalau tak layan boleh menjejaskan diri kita pulak. Kadang-kadang sedih pun ada, kita dianggap seperti tunggul kayu walhal kita lah selama ni yang selalu bekerja keras bagai nak mati tapi at the end dia tak hargai langsung.

Tapi malas nak besar-besarkan hal yang remeh-temeh ini. Banyak lagi perkara yang lebih penting dari layan karenah orang seperti ini. Walaupun sakit hati tapi masih boleh bersabar, bertenang, bagi peluang...hai nasib baik la aku nie penyabar jugak orangnya...Prinsip aku senang je..bagi peluang dulu sampai 3 kali, kalau dah masuk empat kali jangan salahkan kalau aku mengamuk...tapi setakat nie x pernah pulak mengamuk..masih dapat bersabar lagi...

Tapi aku ikut pepatah orang lama-lama, diam lebih baik..biarlah orang nak cakap aku nie ape pun, lemah la..kuno laa..tapi bila kita berdiam diri kita dapat menenangkan diri, x banyak fikir nak cari point-point untuk balas balik kata-kata pedas orang. Biarlah apa orang nak cakap, yang penting kita tahu mana yang betul dan mana yang salah.

Thursday, April 7, 2011

Jawatankuasa Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) UiTM Shah Alam

Berdiri dari kiri: Azman, Hidayah(saya), Hanis, Nik A.Sufian, Alhamdulillah, Anuri, Nadhilah, Syahidah, Zahera, Nik Farhana
Duduk dari kiri: Syafiq, Hazim, Dr.Ariff, Tuan M.Azalie, Dr.Bahrin, Nik Saiful Adli, Azwan, Hasbullah, Tengku Hanif, Ibnu

Ini adalah barisan Jawatankuasa Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) UiTM sesi 2010/2011. Sepanjang setahun kami bersama meneruskan perjuangan membangunkan anak-anak belia Kelantan dengan penuh keikhlasan tanpa rasa jemu. Barisan HIMSAK UITM yang diterajui dan dipimpin oleh Presiden Saudara Nik Saiful Adli telah banyak membawa perubahan kepada persatuan ini. Terima Kasih Saudara Nik Saiful Adli kerana telah bagi peluang kepada saya untuk bersama-sama HIMSAK sepanjang setahun ini. Saya sangat bersyukur dapat mengenali Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang begitu komited terhadap persatuan.

Barisan putera-putera Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) UiTM. Mereka semua sangat sporting dan best sangat dapat mengenali mereka sebagai satu keluarga HIMSAK. 
Kami lah bunga-bunga dan juga puteri-puteri Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) UiTM. Saya yang berdiri di tengah dan mereka ini juga sangat happening. Tanpa kami tidak berserilah HIMSAK UiTM..

Selepas Mesyuarat Agung Tahunan HIMSAK yang pertama pada 2 April 2011 yang lepas, semuanya telah berubah. Jawatan presiden disandang oleh Saudara Azwan Hussin. Manakala saya pula dilantik sebagai Setiausaha Agung. Sangat sedih sekali kerana terpaksa berpisah dengan Mantan Presiden HIMSAK Saudara Nik Saiful Adli. Beliau lah yang telah banyak memberi peluang kepada saya untuk menonjolkan kelebihan diri dalam HIMSAK. Terima Kasih Saudara Nik Saiful Adli. Walaubagaimanapun saya berjanji dengan diri sendiri akan lebih komited terhadap tugas dan amanah yang diberikan sebagai Setiausaha Agung dan akan memberikan sepenuh kerjasama kepada Presiden HIMSAK baru iaitu Saudara Azwan. Diharapkan Saudara Azwan dapat membawa perubahan yang lebih positif dan proaktif untuk HIMSAK. Kami akan memberikan sokongan yang penuh kepada Presiden baru Saudara Azwan. Tahniah Saudara Azwan.