Thursday, November 11, 2010

Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) UiTM


Sertai Komuniti HIMSAK di Facebook: http://www.facebook.com/group.php?gid=269469611420

"PENERAJU PERUBAHAN DI MASA HADAPAN"

Adalah menjadi keperluan dan tanggungjawab bagi generasi muda agar dinamis dan mampu untuk bertindak sebagai aset negara. Ia penting agar visi dan misi Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan. Oleh yang demikian, pembentukan imej dan kepimpinan mereka bagi memartabatkan maruah agama, bangsa, dan negara perlu dipupuk dan disemai dari sekarang. HIMSAK adalah persatuan berdaftar di bawah naungan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Y.B. Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang mempunyai objektif jelas penubuhan ke arah membentuk keperibadian serta imej para siswazah dan graduan sebagai pemangkin pada masa hadapan.


HIMSAK di Peringkat Kebangsaan secara rasminya telah ditubuhkan pada 1 Jun 2006 dan merupakan salah satu organisasi kepimpinan peringkat kebangsaan yang mana dianggotai oleh kelompok mahasiswa dan lepasan graduan negeri Kelantan dalam usaha untuk menguat dan memantapkan jalinan kerjasama antara siswazah selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara mereka. Namun begitu, HIMSAK UiTM terbuka kepada semua pelajar dan tidak terhad kepada pelajar Kelantan sahaja.


Keruntuhan akhlak dan moral yang menular di kalangan remaja ini turut dikaitkan dengan kepincangan pendidikan dan pengetahuan agama yang semakin disisih oleh masyarakat, kerana sikap lepas tangan dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. Kesannnya, pencapaian akademik mereka “ibarat hidup segan, mati tak mahu”. Lebih menyedihkan lagi golongan remaja yang terjerumus ini majoritinya terdiri dari kumpulan Bumiputera Melayu. Justeru itu, kegagalan untuk membendung gejala ini akan memberi impak yang amat besar dalam usaha kerajaan untuk membentuk generasi berdinamik bagi mengapresiasikan visi wawasan ke arah dunia alaf baru.



Atas kesedaran ini, HIMSAK ingin menyumbangkan bakti dan tenaga kepada negara untuk sama-sama memperkukuh dan memperteguhkan jati diri golongan muda yang terdiri dari remaja dan belia ini ke arah visi wawasan yang murni, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, demi martabat agama, bangsa dan negara melalui program-program yang telah dirancang.


Di Universiti Teknologi MARA, HIMSAK UiTM yang ditubuhkan akan membuka keahlian kepada semua pelajar tanpa mengira kaum, tempat tinggal dan negeri asal. Skop keahlian adalah tertumpu kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang berpotensi menjadi pemimpin dan mencapai kejayaan yang lebih baik di masa hadapan.

salahkan seandainya diri kita terlalu baik??

Jahat salah, baik pun salah...jadi mana yang baiknya?..
Kadang-kala kita penat melayan karenah orang yang bermacam-macam ragam dan perangai tapi kita boleh lagi bersabar. Sedih sangat bila kita berbuat baik tapi langsung tak dihargai. Kenapa??

Kita sanggup buat saja untuk tolong dia, tak nak bagi dia susah, konon-kononnya alasan dia x tau nak buat la, tak de masa la, tak reti la, susah la, x faham la...beribu-ribu alasan diberikan. Tapi disebabkan hati ini terlalu baik x nak bagi dia susah kita siap tolong buatkan lagi. Tapi ada x kau berterima kasih???...

Bukan hadiah atau ganjaran yang diharapkan tapi cukup sekadar ucapan terima kasih.
Sudahlah tidak berterima kasih sebaliknya kita dikutuk pula di belakang. Depan kita bukan main lagi merayu-rayu. Muka kesian je...tapi dibelakang berbakul-bakul mengata...
Aku dah buat baik kau langsung tak hargai....

Harap sangat lepas ni x jumpa lagi dengan orang yang bertopeng syaitan ini...
Biarlah apa dia nak cakap tapi inilah diri aku, baik buruk diriku hanya ALLAH yang tahu...

Wednesday, November 10, 2010

Berakhirnya Semester 3 Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penyiaran

Pejam celik pejam celik tanpa disedari sebenarnya sudah sampai ke penghujung penyiksaan dan penderitaan berada di semester tiga. Setelah berhempas-pulas hampir empat bulan kini keadaan sudah kembali tenang apabila tibanya musim cuti semester. Mata tidak lagi lebam seperti mata panda semata-mata berjaga demi menyiapkan tugasan. Otak tidak perlu diperah lagi untuk peperiksaan dan kuiz...Alhamdulillah......

Kebiasaanya cuti semester ku bekerja, tapi nampaknya semester ini tidak berkesempatan untuk bekerja kerana sibuk dengan aktiviti musim cuti. Dengan memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha HIMSAK (Himpunan Siswazah Kelantan) UiTM Shah Alam diriku semakin sibuk. Bulan November bakal diisi dengan raptai dan konvokesyen manakala bulan Disember sibuk dengan Kursus Kepimpinan Anak Kelantan.

Kehidupan sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda sangat menguji kesabaran dan ketabahan. Bermacam-macam halangan dan rintangan terpaksa ditempuhi dalam mengharungi semester ini. Tapi dengan semangat yang cekal dan tabah hati akhirnya ku berjaya tamatkan semester ini. Ku sangat berharap agar keputusan peperiksaan kelak tidak mengecewakanku dan dapat capai target yang diingini....

SELAMAT TINGGAL SEMESTER 3...