Friday, January 25, 2013

REZEKI ADA MANA-MANA...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..yaya masih lagi berpeluang untuk menulis di blog ini...

REZEKI ADA MANA-MANA...ya betol!..rezeki ada di mana-mana sahaja dan hanya insan yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu akan mendapat ganjaran dari ALLAH..

Saje nak bercerita cikit..dulu masa zaman sekolah rendah hingga sekolah menengah hinggalah juga ke alam universiti..yaya bercita-cita nak jadi seorang wartawan penyiaran dan penyampai berita..disebabkan minat yang mendalam dalam penyiaran..alhamdulillah yaya grad dengan jayanya dalam penyiaran..


Tapi...mula-mula amat kecewa sangat-sangat sebab x dapat kerja dalam bidang yang kita minat..kecewa sbb x dapat jadi wartawan penyiaran...kecewa sbb x dapat jadi penyampai berita..boleh dikatakan semua stesen TV di Malaysia yaya dan hantar resume permohonan...alangkah susahnya nak dapatkan keje yg kita minat...tanpa rasa jemu..yaya hantar banyak2 resume tapi sampai sekarang satu panggilan je dari RTM dapat..dah 2 kali pergi interview tapi satu panggilan keje pun x dapat lagi..memang sedih..tengok kawan2 masing2 dapat keje dalam bidang media..

Tapi setelah berfikir panjang, bermuhasabah diri seketika..dengan nasihat dan kata-kata semangat seorang rakan baik..saya sedar bahawa ada hikmah setiap yang berlaku. Mungkin rezeki yaya lebih baik dalam bidang yaya kerja sekarang sebagai ADMIN EXECUTIVE juga merangkap PERSONAL SECRETARY..tapi benar..yaya bersyukur sekarang sebab ALLAH aturkan yang terbaik untuk hambanya..kerja yaya sekarang lebih baik..jauh dari tekanan, jauh dari kesesakan lalu lintas, dekat dengan family dan pendapatan cukup untuk menampung keperluan harian juga untuk membantu keluarga di kampung..

Entry ini sebenarnya nak melahirkan rasa syukur sangat-sangat sebab rezeki murah, abis belajar terus dapat kerja, pastu boleh beli kereta sendiri...boleh hantar duit kat ma dan abah tiap-tiap bulan..

ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH YA ALLAH...

*pesanan - JANGAN SEDIH, JANGAN KECEWA KALAU X DAPAT KERJA DALAM BIDANG YANG KITA MINAT...ANGGAP ITU SBGAI CABARAN DAN REZEKI KITA LEBIH BAIK DALAM BIDANG ITU.

Thursday, January 3, 2013

New Baby Born "SAGA FLX CVT EXECUTIVE"

Assalam...

Lama betul x update blog nie..dah bersawang kot..tapi xpe..entry ni nk sapu sawang2 tuh..meh cini..
Saje je nie nk share kegembiraan..alhamdulillah selepas 5 bulan tamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penyiaran yaya terus dapat kerja dan sekarang dh mampu beli kereta sendiri....weeee...seronoknyer..alhamdulillah rezeki..terima kasih YA ALLAH...

Naa..inilah baby " B I L Y "...lahir pada 31 Disember 2012.

**WALAUPUN IA BERJENAMA PROTON TAPI YAYA BANGGA SEBAB BERJAYA MEMILIKINYA DENGAN HASIL TITIK PELUH SENDIRI....Alhamdulillah bersyukur atas nikmatNYA...nak bergaya mesti ikut kemampuan oke..Sokong barangan buatan Malaysia..hehee..



Wednesday, November 7, 2012

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA 2.0

MEH CEPAT MOHON...klik this link "https://ebr1m.hasil.gov.my/"



  •   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

CALDINA TO ALMERA???

haishhh..cantik juga Almera..Impul version nie..jatuh cinta la pulak dah...tapi CALDINA tetap no 1 dihatiku...nama pun YAYA CALDINA..Heeee

The Nissan Almera starts at a price of RM66,800 to RM79,800. Impul version looked tasty. Nissan hopes the Almera can be the B segment leader, targeting at Vios directly.

AKU SUKA DIA...

Aku ingin memilikinya...
Aku ingin menjaga dia...
Aku ingin mencinta dia...
Aku ingin hidup dengannya...


AKU SUKA DIA . . .

*Biar masa yang menentukan segalanya...aku x ingin lagi bertepuk sebelah tangan...hanya Doa dipanjatkan..

It is your life...


kalau nak puaskan hati manusia memang susah...
yang penting kita puaskan hati kita dulu...
pedulikan apa orang nak kata...
yang penting..KITA HIDUP UNTUK MEMBANGUN DIRI SENDIRI...

Thursday, January 26, 2012

MIMPI-MIMPI BERKENAAN SANTAU

Assalamualaikum....

Hai..Yaya ni kadang-kadang je update blog..bila ada masa free baru sempat jenguk blog ni..terdetik hati nak berkongsi ilmu apa yang yaya terbaca dalam buku Perubatan Islam, Menangkis Kejahatan Racun Puaka SANTAU oleh Ustaz Sharhan Safie. Buku ni sangat menarik perhatian yaya kerana sememangnya yaya berminat dengan dunia mistik...antara topik yang menarik bagi yaya ialah...

Mimpi - Mimpi Berkenaan Dengan Santau...

1. Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa yang mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

2. Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telahpun masuk ke dalam jasadnya.

4. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

5. Mimpi jatuh daripada tempat yang tinggi.

6. Mimpi berada di kawasan kotoran atau di kawasan perkuburan.

7. Mimpi berada di tempat yang sunyi.

8. Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang aneh.

9. Mimpi melihat makhluk yang menakutkan ataupun yang diistilahkan sebagai hantu.

10. Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terutamanya wanita.

11. Mimpi melihat salib dan gereja.

12. Mimpi bertemu paderi.

13. Merintih dan menangis ketika tidur.

14. Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.

*Sesiapa yang mempunyai mimpi bertemu budak kecil dan jatuh dari tempat yang tinggi merangkumi tiga yang lain juga disyaki mengalami gangguan jin.