Friday, August 27, 2010

Kertok Musik Warisan Kelantan

Mungkin ramai yang tidak mengenali kertok. Kertok adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu nangka, pulai, sentol, sena, merbau atau cengal. Di tengah-tengah kayu ditebuk lubang untuk mengeluarkan bunyi atau peti bunyi apabila di pukul pada kayu yang diletakkan di atas lubung tadi. Kertok, sekali pandang bentuknya sama seperti lesung menumbuk padi tetapi telah diubah suai menjadi suatu alat muzik yang boleh mengeluarkan bunyi yang menarik. Kertok yang lengkap mempunyai empat bahagian utama iaitu belira, bodi (badan kertok atau ibu kertok), mmalu (pemalu) dan lekar (pelapik). Belira adalah papan sekeping yang melintang permukaan bodi kertok.

Kertok adalah di dalam ketegori alat muzik idiophone iaitu alat muzik yang diketuk untuk menghasilkan bunyi (Mohamed Ghouse Nasuruddin, 2003). Asasnya kertok kayu mempunyai dua ton bunyi iaitu bunyi cak dan kung. Bunyi cak terhasil apabila belira dipalu menggunakan pangkal mmalu. untuk menghasilkan nada yang tinggi. Bunyi kung pula untuk nada yang lebih rendah, ianya terhasil apabila belira dipalu menggunakan getah mmalu.

Set lengkap ensemble muzik ini mempunyai 6 buah kertok dan pemuziknya seramai 12 orang pemain iaitu dua orang bagi satu kertok. Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, kertok biasanya dimainkan untuk tujuan berikut :

· Sebagai hiburan selepas musim menuai dan alat bunyi-bunyian untuk memeriahkan suasana majlis keraian.
· Kertok juga digunakan dalam pertandingan yang disertai penduduk kampung terutama selepas musim menuai padi. Lazimnya, pertandingan tersebut diadakan pada waktu malam.
· Digunakan oleh golongan tertentu untuk memanggil penduduk kampung atau orang ramai supaya berkumpul sebelum menyampaikan sesuatu berita atau pengumuman penting.

Kertok pada masa kini bukan lagi sekadar dimainkan di kampung-kampung malah dimainkan di dalam upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, memyambut orang kenamaan dan perayaan-perayaan rasmi. Bagi menambahkan tarikan dan keasyikan, adakalanya kertok dihiasi indah dan paluannya bertingkah (khoceh) yang dianggap paling merdu.

Tapi keadaan sekarang rama

Tuesday, August 24, 2010

Konsep Halal Secara Umum

Halal bermaksud sesuatu perkara atau perbuatan yang dibenarkan oleh hukum syarak. Manakala pengertian haram adalah sesuatu perkara atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak. Kita perlu mengambil taghu bahawa halal adalah satu konsep yang bukan sahaja digunakan untuk makanan tetapi juga dari segi pemakaian, tempat tinggal, kewangan, ekonomi malah di dalam setiap aspek kehidupan.

Bagi makanan, setiap Muslim adalah perlu untuk memastikan habawa apa yang dimakan adalah dari sumber yang halal. Malah mereka juga perlu memeriksa beberapa perkara iaitu sama ada bahan yang digunakan adalah halal. Mereka juga perlu memeriksa cara yang digunakan dalam penghasilan makanan tersebut serta proses-proses yang dilakukan di dalam penghasilannya adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Permohonan logo halal kebelakangan ini semakin mendapat sambutan dari pihak industri. Ini adalah memandangkan pasaran halal yang semakin hangat diperkatakan di mana Malaysia adalah pelopor hub halal di peringkat dunia. Walau bagaimanapun, disebabkan keuntungan semata-mata, ramai peniaga yang mengambil jalan mudah. Dengan meletakkan tanda 'halal' atau ditanggung halal dan lain-laintanda yang menunjukkan barangan atau makananyang dijual adalah halal walhal ianya adalah tidak atau tidak dapat ditentukan 'kehalalannya'.

Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk

 

Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dan Mass Communication Students Association (MASSA) bekerjasama menganjurkan Jom Ramadan Jom Bubur Lambuk semperna bulan puasa yang mulia. Program itu berlangung pada 24 Ogos 2010 hari Selasa yang bertempat di MassComm Square, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media. pelajar, pensyarah dan kakitangan FKPM mendapat agihan bubur lambuk percuma untuk dibawa pulang sebagai sajian berbuka puasa.

Wednesday, August 18, 2010

Article 12.a of the Universal Islamic Declaration of Human Rights[10]

“Every person has the right to express his thoughts and beliefs so long as he remains within the limits prescribed by the Law. No one, however, is entitled to disseminate falsehood or to circulate reports that may outrage public decency, or to indulge in slander, innuendo, or to cast defamatory aspersions on other persons”.

UiTM edar 1,000 Jalur Gemilang

SHAH ALAM 13 Ogos - Kira-kira 1,000 bendera Jalur Gemilang diedrkan kepada para pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini bagi meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan ke-53, tahun ini.
Pelancaran sambutan tersebut dilaksanakan oleh Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di bangunan Canselori UiTM.
"Kita perlu belajar daripada apa yang telah berlaku pada masa lampau. Bangsa yang tidak tahu sejarah tidak akan mampu membangun," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan tersebut di sini hari ini.
Beliau menambah, kemerdekaan mempunyai makna tersendiri dan baginya, kemerdekaan telah merintis kepada kepada penubuhan UiTM yang kini berjaya mengubah kehidupannya.
Bendera-bendera itu juga akan diedarkan di jabatan-jabatan dan fakulti di UiTM tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ini.
Sumber : Utusan Malaysia (14 Ogos 2010)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat...
Diharapkan dengan kedatangan Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua.
Inilah masa untuk kita sebagai umat Islam untuk merebut peluang melakukan amal jariah dan kebajikan. Buangkan segala prasangka negatif dan sentiasa berfikiran positif.

Wednesday, August 4, 2010

MEDIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI

Sebut sahaja perkataan media, akan terlintas di fikiran kita bahawa media ialah suatu medium atau alat yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi. Akan tetapi, media sebenarnya merangkumi bidang yang sangat luas. Secara mudahnya ramai yang beranggapan media itu adalah televisyen, radio, internet, dan surat khabar. Sebenarnya media terbahagi kepada dua iaitu media elektronik dan media cetak. Contoh media elektronik seperti televisyen, radio dan internet manakala media cetak pula merangkumi bidang pencetakan seperti surat khabar, majalah, buku, komik dan sebagainya. Pengaruh media sangat besar pada masa kini kerana semakin pesat teknologi berkembang semakin tinggi permintaan terhadap penggunaan media dalam menyampaikan sesuatu informasi selain dapat meransangkan fikiran, perasaan serta melibatkan daya kreativiti.
Walaubagaimanapun, penggunaan media secara meluas telah menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat termasuk yang baik dan juga yang buruk. Kadang-kala persepsi ini positif yang membina dan ada kalanya yang negatif dan melampaui batasan. Salah satu persepsi baik terhadap media ialah sebagai wadah dalam penyampaian ilmu dan maklumat. Televisyen contohnya menjadi peneraju utama dalam penyampaian maklumat dengan memaparkan berita-berita terkini dalam dan juga luar negara. Masyarakat moden sekarang mengejar masa dan kadang-kala tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengadap dan membelek surat khabar untuk mengetahui isu dan berita terkini yang berlaku dalam mahupun luar negara. Oleh yang demikian dengan adanya televisyen mereka hanya perlu menekan butang ‘on’ di alat kawalan jauh dan kemudian bebas untuk memilih saluran berita yang mereka mahukan samada TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9 dan juga saluran ASTRO.
Manakala persepsi negatif atau buruk terhadap media pula timbul apabila berlakunya keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan masyarakat kita sekarang. Apabila terjadinya hal sedemikian, ramai yang akan menuding jari kepada media dan menyalahkan media kerana memberikan tauladan yang buruk kepada masyarakat. Sebagai contohnya, ada segelintir ibu dapa yang marah dan menyalahkan media kerana merosakkan pemikiran anak-anak mereka melalui rancangan-rancangan kartun yang disiarkan di kaca televisyen. Selain itu juga, mereka beranggapan media lain seperti internet melalaikan dan banyak terdedah kepada perkara-perkara yang tidak senonoh seperti seks bebas, fesyen yang menjolok mata, dan tidak kurang juga yang menganggap media sebagai bahan untuk provokasi.
Memang tidak dinafikan, masyarakat mempunyai pelbagai persepsi dan pandangan yang tersendiri terhadap media. akan tetapi penggunaan media sangat penting seiring dengan pembangunan negara kerana tanpa media, tiadanya pembangunan. Teknologi mesti bergerak seiring dengan arus permodenan tidak kira baik atau buruknya persepsi masyarakat terhadap media. Realitinya adalah, semuanya terpulang kepada individu atau masyarakat itu masing-masing untuk menafsirkan media, yang penting individu atau masyarakat itu sebenarnya yang menentukan baik atau buruk media. Jika mereka pandai mengguna dan mengaplikasikan media maka baiklah faedah yang mereka perolehi. Sebaliknya. Jika mereka menyalahgunakan media kea rah keburukan makan buruklah kesan yang mereka dapat.
Pendek kata media itu juga sebenarnya diibaratkan sebagai kain putih. Pengguna yang mencorakkannya bagaimana cara penggunaannya. Realiti yang perlu kita semua perlu sedari adalah media itu boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan tetapi yang penting kita sebagai pengguna media perlu bijak memilih saluran yang betul dan memanfaatkanya sebaik mungkin peluang yang ada bagi memperolehi ilmu yang bermanfaat.

Renung-renungkanlah

Penulis blog perlu patuhi etika: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa penulis blog supaya berpegang teguh dengan kod etika untuk menulis perkara yang benar demi kebaikan masyarakat supaya mereka dan blog masing-masing lebih dihormati. Bekas perdana menteri itu berkata, kod etika berkenaan perlu diwujudkan secara sukarela demi kebaikan penulis blog sendiri kerana ia bakal membina reputasi mereka di mata orang ramai.

Dr Mahathir yang juga seorang penulis blog berkata, masyarakat kini mempunyai akses kepada blog, satu medium yang hampir di luar kawalan mana-mana pihak berkuasa, dan jika mereka mematuhi kod etika untuk menulis perkara yang benar sahaja, lebih ramai orang awam akan membacanya.

"Jika kita bersandarkan kepada kod etika sebegini dalam setiap penulisan kita, saya fikir lama-kelamaan, orang ramai akan menghormati blog. Jika kita tidak menulis perkara yang benar, mereka akan meninggalkannya seperti yang berlaku kepada media biasa ketika ini," katanya dalam ucap tama pada persidangan Blogger Asia dan Media Sosial 2010.

Pengenalan kepada MyBlog

Hai..Assalamualaikum kepada semua pelawat yang sudi melawati Myblog..

Saya Nor Hidayah atau boleh dikenali sebagai Aya masih baru dalam penulisan blog. Tujuan blog ini adalah sebenarnya kerana memenuhi syarat bagi tugasan yang saya ambil sekarang iaitu Online Journalism (JRN 421). Dengan bimbingan daripada Pensyarah Online Journalism iaitu Encik Ahmad Faisal diharap dapat membantu saya menulis dengan lebih baik di dalam blog ini.
Sekiranya ada tersalah silap sepanjang menulis blog ini saya memohof maaf kerana saya manusia biasa dan tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

Saya juga mengalukan sebarang komen dan cadangan bagi memperbaiki kelemahan saya.