Monday, February 28, 2011

Ahli Keluarga Baru


Pasangan Bahagia Zul & Eiyra

Ahli keluarga baru, baby comey dari pasangan Zul & Eiyra

Jumaat, 25 Februari 2011 menyaksikan kelahiran seorang bayi perempuan yang sangat comel daripada abang dan kakak ipar iaitu pasangan Zul dan Eiyra. Tahniah diucapkan kepada pasangan. Bersyukur kepada Allah kerana telah melimpahkan kurnia dan rezeki kepada pasangan ini. Kelahiran bayi yang comel ini di harap akan menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan dalam keluarga yang besar yang mana jumlah ahli keluarga sekarang adalah 19 orang. Dengan ini Che Yah dan ada 3 orang anak saudara perempuan yang comel-comel belaka. 

Wednesday, February 23, 2011

Tahniah IQBAL & NASH MPP Fakulti Komunikasi & Pengajian Media 2011/12

Kiri (Nash), Kanan (Iqbal)

Tahniah diucapkan kepada dua MPP baru Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) yang telah ditabalkan iaitu saudara Mohd Iqbal B. Amir Nizamuddin (MC228/04) dan Tunku Nashrul Tunku Abaidah (MC221/04).

Selamat menjalankan tugas sebagai wakil pelajar FKPM. Tunaikan segala perkara yang dijanjikan dalam manifesto kalian. Jangan mengecewakan harapan pelajar-pelajar FKPM yang telah menaruh kepercayaan kepada kalian berdua.

TAHNIAH sekali lagi buat saudara Mohd Iqbal B. Amir Nizamuddin (MC228/04) dan Tunku Nashrul Tunku Abaidah (MC221/04).

Saturday, February 12, 2011

Jiwaku untuk Penyiaran


Director dan juga merangkap Camerawoman untuk penggambaran
 "Green Screen" di Studio TV Faculty MassComm, UiTM Shah Alam.

Sepanjang 2 semester menyambung pengajian dalam ijazah penyiaran, minat terhadap dunia penyiaran semakin mendalam. Dulu ragu-ragu betul ke pilihan memilih penyiaran sebagai kerjaya di masa hadapan tapi semakin lama belajar dalam penyiaran semakin seronok. Walaupun kadang-kadang tekanan terhadap kerja berlambak-lambak tapi itu sebenarnya mengajar seseorang untuk lebih bersedia dari segi mental dan fizikal..

Semangat untuk menceburi bidang penyiaran juga perlu kuat kerana kita akan berhadapan dengan berbagai-bagai ragam dan karenah bukan sahaja artis malahan orang ramai juga. Setakat ini, sedikit demi sedikit pengalaman baru dipelajari, walaupun pada awalnya sangat tertekan dengan situasi dalam dunia penyiaran tapi lama-kelamaan semakin faham akan tugas-tugas yang sukar dan mencabar mental dan fizikal sebagai seorang pelajar penyiaran..