Wednesday, November 10, 2010

Berakhirnya Semester 3 Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penyiaran

Pejam celik pejam celik tanpa disedari sebenarnya sudah sampai ke penghujung penyiksaan dan penderitaan berada di semester tiga. Setelah berhempas-pulas hampir empat bulan kini keadaan sudah kembali tenang apabila tibanya musim cuti semester. Mata tidak lagi lebam seperti mata panda semata-mata berjaga demi menyiapkan tugasan. Otak tidak perlu diperah lagi untuk peperiksaan dan kuiz...Alhamdulillah......

Kebiasaanya cuti semester ku bekerja, tapi nampaknya semester ini tidak berkesempatan untuk bekerja kerana sibuk dengan aktiviti musim cuti. Dengan memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha HIMSAK (Himpunan Siswazah Kelantan) UiTM Shah Alam diriku semakin sibuk. Bulan November bakal diisi dengan raptai dan konvokesyen manakala bulan Disember sibuk dengan Kursus Kepimpinan Anak Kelantan.

Kehidupan sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda sangat menguji kesabaran dan ketabahan. Bermacam-macam halangan dan rintangan terpaksa ditempuhi dalam mengharungi semester ini. Tapi dengan semangat yang cekal dan tabah hati akhirnya ku berjaya tamatkan semester ini. Ku sangat berharap agar keputusan peperiksaan kelak tidak mengecewakanku dan dapat capai target yang diingini....

SELAMAT TINGGAL SEMESTER 3...

No comments:

Post a Comment