Saturday, February 12, 2011

Jiwaku untuk Penyiaran


Director dan juga merangkap Camerawoman untuk penggambaran
 "Green Screen" di Studio TV Faculty MassComm, UiTM Shah Alam.

Sepanjang 2 semester menyambung pengajian dalam ijazah penyiaran, minat terhadap dunia penyiaran semakin mendalam. Dulu ragu-ragu betul ke pilihan memilih penyiaran sebagai kerjaya di masa hadapan tapi semakin lama belajar dalam penyiaran semakin seronok. Walaupun kadang-kadang tekanan terhadap kerja berlambak-lambak tapi itu sebenarnya mengajar seseorang untuk lebih bersedia dari segi mental dan fizikal..

Semangat untuk menceburi bidang penyiaran juga perlu kuat kerana kita akan berhadapan dengan berbagai-bagai ragam dan karenah bukan sahaja artis malahan orang ramai juga. Setakat ini, sedikit demi sedikit pengalaman baru dipelajari, walaupun pada awalnya sangat tertekan dengan situasi dalam dunia penyiaran tapi lama-kelamaan semakin faham akan tugas-tugas yang sukar dan mencabar mental dan fizikal sebagai seorang pelajar penyiaran..

No comments:

Post a Comment