Thursday, January 26, 2012

MIMPI-MIMPI BERKENAAN SANTAU

Assalamualaikum....

Hai..Yaya ni kadang-kadang je update blog..bila ada masa free baru sempat jenguk blog ni..terdetik hati nak berkongsi ilmu apa yang yaya terbaca dalam buku Perubatan Islam, Menangkis Kejahatan Racun Puaka SANTAU oleh Ustaz Sharhan Safie. Buku ni sangat menarik perhatian yaya kerana sememangnya yaya berminat dengan dunia mistik...antara topik yang menarik bagi yaya ialah...

Mimpi - Mimpi Berkenaan Dengan Santau...

1. Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa yang mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

2. Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telahpun masuk ke dalam jasadnya.

4. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

5. Mimpi jatuh daripada tempat yang tinggi.

6. Mimpi berada di kawasan kotoran atau di kawasan perkuburan.

7. Mimpi berada di tempat yang sunyi.

8. Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang aneh.

9. Mimpi melihat makhluk yang menakutkan ataupun yang diistilahkan sebagai hantu.

10. Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terutamanya wanita.

11. Mimpi melihat salib dan gereja.

12. Mimpi bertemu paderi.

13. Merintih dan menangis ketika tidur.

14. Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.

*Sesiapa yang mempunyai mimpi bertemu budak kecil dan jatuh dari tempat yang tinggi merangkumi tiga yang lain juga disyaki mengalami gangguan jin.

No comments:

Post a Comment