Tuesday, August 24, 2010

Konsep Halal Secara Umum

Halal bermaksud sesuatu perkara atau perbuatan yang dibenarkan oleh hukum syarak. Manakala pengertian haram adalah sesuatu perkara atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak. Kita perlu mengambil taghu bahawa halal adalah satu konsep yang bukan sahaja digunakan untuk makanan tetapi juga dari segi pemakaian, tempat tinggal, kewangan, ekonomi malah di dalam setiap aspek kehidupan.

Bagi makanan, setiap Muslim adalah perlu untuk memastikan habawa apa yang dimakan adalah dari sumber yang halal. Malah mereka juga perlu memeriksa beberapa perkara iaitu sama ada bahan yang digunakan adalah halal. Mereka juga perlu memeriksa cara yang digunakan dalam penghasilan makanan tersebut serta proses-proses yang dilakukan di dalam penghasilannya adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Permohonan logo halal kebelakangan ini semakin mendapat sambutan dari pihak industri. Ini adalah memandangkan pasaran halal yang semakin hangat diperkatakan di mana Malaysia adalah pelopor hub halal di peringkat dunia. Walau bagaimanapun, disebabkan keuntungan semata-mata, ramai peniaga yang mengambil jalan mudah. Dengan meletakkan tanda 'halal' atau ditanggung halal dan lain-laintanda yang menunjukkan barangan atau makananyang dijual adalah halal walhal ianya adalah tidak atau tidak dapat ditentukan 'kehalalannya'.

No comments:

Post a Comment