Friday, August 27, 2010

Kertok Musik Warisan Kelantan

Mungkin ramai yang tidak mengenali kertok. Kertok adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu nangka, pulai, sentol, sena, merbau atau cengal. Di tengah-tengah kayu ditebuk lubang untuk mengeluarkan bunyi atau peti bunyi apabila di pukul pada kayu yang diletakkan di atas lubung tadi. Kertok, sekali pandang bentuknya sama seperti lesung menumbuk padi tetapi telah diubah suai menjadi suatu alat muzik yang boleh mengeluarkan bunyi yang menarik. Kertok yang lengkap mempunyai empat bahagian utama iaitu belira, bodi (badan kertok atau ibu kertok), mmalu (pemalu) dan lekar (pelapik). Belira adalah papan sekeping yang melintang permukaan bodi kertok.

Kertok adalah di dalam ketegori alat muzik idiophone iaitu alat muzik yang diketuk untuk menghasilkan bunyi (Mohamed Ghouse Nasuruddin, 2003). Asasnya kertok kayu mempunyai dua ton bunyi iaitu bunyi cak dan kung. Bunyi cak terhasil apabila belira dipalu menggunakan pangkal mmalu. untuk menghasilkan nada yang tinggi. Bunyi kung pula untuk nada yang lebih rendah, ianya terhasil apabila belira dipalu menggunakan getah mmalu.

Set lengkap ensemble muzik ini mempunyai 6 buah kertok dan pemuziknya seramai 12 orang pemain iaitu dua orang bagi satu kertok. Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, kertok biasanya dimainkan untuk tujuan berikut :

· Sebagai hiburan selepas musim menuai dan alat bunyi-bunyian untuk memeriahkan suasana majlis keraian.
· Kertok juga digunakan dalam pertandingan yang disertai penduduk kampung terutama selepas musim menuai padi. Lazimnya, pertandingan tersebut diadakan pada waktu malam.
· Digunakan oleh golongan tertentu untuk memanggil penduduk kampung atau orang ramai supaya berkumpul sebelum menyampaikan sesuatu berita atau pengumuman penting.

Kertok pada masa kini bukan lagi sekadar dimainkan di kampung-kampung malah dimainkan di dalam upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, memyambut orang kenamaan dan perayaan-perayaan rasmi. Bagi menambahkan tarikan dan keasyikan, adakalanya kertok dihiasi indah dan paluannya bertingkah (khoceh) yang dianggap paling merdu.

Tapi keadaan sekarang rama

No comments:

Post a Comment