Monday, September 27, 2010

Animasi Jepun paling bahaya untuk tontonan kanak-kanak

Menurut laporan yang disiarkan Metro, September 28, 2010

Filem Animasi Jepun adalah antara DVD yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda. Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

Banyak cerita animasi dari Jepun diharamkan kerana walaupun ia adalah cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa. Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak.

Mohd Hussain bagaimanapun berkata, sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengambil mudah dan menggantikan kesibukan masa mereka untuk anak-anak dengan membelikannya pemain VCD dan cerita-cerita animasi untuk tontonan, menyebabkan ramai kanak-kanak yang masih terdedah menonton animasi yang boleh merosakkan minda. Apa yang terbaik adalah ibu bapa atau penjaga itu sendiri mengawal dan menjaga apa yang ditontoni anak-anak mereka.

Saranan saya disini ialah, ibu bapa perlu peka dengan keadaan sekeliling. Biar sibuk manapun bekerja tapi luangkan lah walau sedikit masa bersama anak-anak. Jangan biarkan mereka terlalu leka menonton animasi seperti demikian. Sayang sekali jika minda anak-anak kecil ini rosak kerana mereka sepatutnya didedahkan dengan pengetahuan yang bermanfaat.

No comments:

Post a Comment