Monday, September 27, 2010

Cili - Raja Segala Ubat?


    Tahukah anda, lebih dari 3,000 kajian saintifik dinyatakan di dalam US National Library of Medicine, menyokong penggunaan cili dalam mencegah dan melegakan banyak penyakit umum. Cili juga dinyatakan di dalam world pharmacopoeias (senarai ubat rasmi). Menurut American physicians Desk Reference, beberapa jenis ubat juga mengandungi ramuan yang dibuat daripada cili. Apa yang menariknya disini, cili didapati dapat mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, angin ahmar, bekuan darah, obesity, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, bronkitis, emfisema, batuk, selsema dan radang perut. Bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi turun digunakan juga sebagai perasa makanan, rempah dan ubat herba selama lebih dari 9000 tahun. Dipercayai cili dikatakan baik untuk buah pinggang, limpa, pankreas, paru-paru dan jantung. Ketika era Victoria, cili digunakan sebagai agen pemanasan dalam mengubati arthritis, kesejukan, rheumatism, terseliuh dan depresi. Untuk pengetahuan anda sekalian, sekitar 12 peratus daripada cili terdiri daripada capsaicin, iaitu sebatian yang membuatkan rasanya pedas. Capsaicin adalah komponen utama sifat ubat yang ada pada cili.  Bukan itu sahaja, kebanyakan ubat penahan sakit komersial mengandungi capsaicin. Pendengar sekalian rupa-rupanya banyak kebaikan cili, cuma kita yang tidak menyedarinya. Berdasarkan artikel yang disiarkan di Consumers Association of Penang atau CAP. Oleh kerana cili secara semulajadinya mengandungi "capsaicin", ia juga boleh digunakan untuk melegakan kesakitan, pening kepala atau ketidak selesaan badan yang biasa. Lupakan panadol seketika dan cubalah nikmatilah makanan pedas untuk melegakan kesakitan. Sifat utama cili yang pedas itu secara tidak langsung merangsang pelepasan hormon endorfin iaitu hormon "Feel Good" di otak, secara langsung menyebabkan kita merasa selesa, tenang dan gembira.(Mood Enhancer). Cili segar mengandungi dua kali ganda Vitamin C berbanding Oren dan Nenas. Memiliki sifat anti oksidan yang tinggi iaitu agen penghalang kanser. Merangsang peredaran dan memperbaiki peredaran darah di dalam badan selain membantu dalam penurunan berat badan dimana ia dpt membakar lapisan lemak berlebihan dalam badan. Mulai sekarang para pendengar sekalian tidak perlu risau lagi untuk menikmati makanan yang pedas, ia sebenarnya baik untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment