Thursday, December 8, 2011

Kenapa perlu ada Kekecewaan?...

Assalamualaikum....

Sudah lama yaya tak update blog ni dek kerana kesuntukan masa..maklumlah sekarang yaya dah final year..semester depan dah praktikal...alhamdulillah..moga ALLAH permudahkan pengajian di semester ini.

Kecewa???...kenapa perlu rasa kecewa?...kadang-kadang kita tak dapat lari masalah...ada seketika masalah datang bertimpa-timpa, lepas satu bala..datang lagi satu bala dalam hidup kita. Kesedihan pula makin melanda diri. Tambahan pula kita tiada tempat untuk bergantung harap dan meluahkan perasaan. Hanya ALLAH tempat kita mengadu dan memohon supaya dikuatkan semangat. Apa yang kita harapkan biasanya tak semua yang kita dapat. Dikala kita kesempitan tiada siapa yang tahu. Dikala kita kesedihan kita sendirilah yang menelan kepedihan itu. Kita terpaksa memendam segala masalah dan kesedihan disebabkan adanya alasan tertentu. Namun kita tetap tabah hadapinya..KENAPA? Sebab...kita masih fikirkan tanggungjawab yang besar yang harus dipikul. Kalau kita rebah maknanya musnahlah hidup orang yang bergantung harap dengan kita. 

Kekecewaan sebenarnya mengajar kita erti hidup sebenar. ALLAH itu MAHA KAYA...DIA yang berkuasa keatas semua makhluk ciptaanNYA...Jatuh itu biasa...bangun dari kejatuhan itu adalah luar biasa! Walau kecewa mana pun diri kita..apa yang penting ingatlah bahawa ALLAH itu sayangkan kita sebab itu diturunkan pelbagai ujian dan cabaran serta masalah..DIA nak tengok bagaimana kita bersyukur dan menggunakan segala nikmat kurniaan untuk mengubah nasib diri kita..Jika kita tidak dapat atasi kekecewaan itu maka kita adalah golongan yang lemah dan penakut. Lebih baik gagal setelah mencuba dari gagal sebelum mencuba..jadikan kekecewaan itu sebagai dorongan dan batu loncatan untuk mengubah keadaan hidup.

No comments:

Post a Comment